Seksual Kanak-Kanak: HENTIKAN!!

Dear Members,

There will be a seminar on Seksual Kanak-Kanak: HENTIKAN!! by the TASK FORCE together with PERMATA on 13th & 14th March 2017 at the PWTC, Kuala Lumpur.

For information please refer to the email below and you may contact:

i) Cik Rosie Lonia Anak Abdul at 03-88805151 / 88805160 or email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.|
ii) Cik Azdila binti Mahmood at 03-88805135 or email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

To participate in this Seminar please contact Puan Zulidah Md Sah at 03-79543008 or email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

----
YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Datin/Dr/Puan/Cik,

SEMINAR JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK: HENTIKAN !!
13 – 14 MAC 2017, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, TASK FORCE Berkenaan Isu-Isu Jenayah Seksual Kanak-Kanak dengan kerjasama Program PERMATA akan menganjurkan Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: HENTIKAN !! pada 13 hingga 14 Mac 2017 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Seminar ini akan mengetengahkan isu-isu berkaitan jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak termasuk aspek perundangan dan tindakan pencegahan bertujuan menggalakkan penglibatan secara bersama semua pihak yang berkepentingan dalam menangani dan menghentikan isu-isu jenayah seksual kanak-kanak. Jawatankuasa Penganjur dengan kerjasama PERMATA sangat berbesar hati untuk menganjurkan seminar ini sebagai platform menyokong usaha Kerajaan dalam membawa perubahan legislatif mencegah jenayah seksual kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang seriusnya jenayah seksual ini sebelum Rang Undang-undang Jenayah Seksual Kanak-kanak atau Child Sexual Crimes Bill diluluskan.

3. Sehubungan itu, Jawatankuasa Penganjur dengan sukacitanya menjemput penyertaan seramai 100 orang wakil daripada Ahli Ahli Gabungan NCWO untuk hadir ke Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan !! Sesungguhnya, Jawatankuasa Penganjur berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Datin/Dr/Puan/Cik, ke seminar ini. Maklumat terkini berkenaan seminar ini boleh didapati di laman web www.programpermata.my.

4. Sekiranya pihak YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Datin/Dr/Puan/Cik mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pegawai di Kementerian seperti di bawah:

(i) Cik Rosie Lonia Anak Abdul di talian 03-88805151/ 88805160 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(ii) Cik Azdila binti Mahmod di talian 03-88805135 atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Untuk Pengesahan Kehadiran :

Puan Zulidah Md Sah di talian 03-79543008 atau email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(DATUK SERI SITI AZIZAH SHEIKH ABOD)
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur
Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: HENTIKAN !!