Small Debt Resolution Scheme

Basics

Dear Members,

Bank Negara Malaysia has established a walk-in public service centres (BNMLINK- Laman Informasi Nasihat dan Khidmat) and a call centre (BNMTELELINK) to provide the public with information and clarification on matters under Bank Negara Malaysia's purview.

Please refer to the INFO.BLAST: SDRS Membantu PKS untuk Terus Berdaya Maju for information and the attachments.

You can contact or submit your enquiries to Bank Negara Malaysia's customer service call centre, BNMTELELINK at 1-300-88-5465.

----
Tuan/Puan,

Kami merujuk kepada perkara di atas.

Tujuan hebahan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran usahawan tentang Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (“Small Debt Resolution Scheme” [SDRS]).

Untuk makluman tuan, SDRS membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berdaya maju yang menghadapi masalah pembayaran balik pinjaman perniagaan, melalui penjadualan atau penyusunan semula antaranya mengurangkan ansuran bulanan dan lanjutan tempoh pembayaran balik.

Ini dapat memberi ruang kepada PKS untuk memulihkan prestasi perniagaan menerusi lebihan aliran tunai yang dapat disalurkan kembali ke dalam perniagaan mereka.

Perkhidmatan yang ditawarkan di bawah SDRS adalah percuma.

Selain itu, usahawan juga boleh menyalurkan pertanyaan atau aduan ke Pusat Perkhidmatan Pelanggan Bank Negara Malaysia atau BNMLINK dan Pusat Perhubungan Pelanggan Bank Negara Malaysia atau BNMTELELINK berkaitan :

· Produk dan perkhidmatan kewangan
· Pembiayaan PKS
· Pentadbiran pertukaran asing
· Laporan kredit yang dikeluarkan oleh Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS)

Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memaklumkan informasi berkaitan SDRS kepada semua ahli-ahli dewan, persatuan perniagaan dan majlis bagi membolehkan mereka memanfaatkan inisiatif ini.

Dilampirkan maklumat berkaitan untuk perhatian dan tindakan lanjut pihak tuan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
BNMLINK & BNMTELELINK
Talian : 1-300-88-5465
Faks : 03 - 2174 1515
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman web: www.bnm.gov.my

Sekian, terima kasih.
---
Unit Khidmat Nasihat & Promosi PKS
Jabatan Kewangan Pembangunan dan Enterpris
BANK NEGARA MALAYSIA

SDRS Infographic

SDRS Ad InfographicBM

BNMLINK & BNMTELELINK

BNMLINK Page 1

BNMLINK Page 2