Memohon Memorandum Bagi Majlis Konsultasi Bajet 2018

Dear Members,

Please refer to the email received from MOF and NAWEM would that all members to give their input on this.

Kindly submit your input to NAWEM's Secretariat by 12 noon on Saturday 27th May.

----

Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia..


Puan,


MEMOHON MEMORANDUM BAGI MAJLIS KONSULTASI BAJET 2018

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan (MOF) akan mengadakan Majlis Konsultasi Bajet 2018 pada 15 Jun 2017 (Khamis) bertemakan Negaraku: Membentuk Masa Depan (Negaraku: Shaping the Future). Majlis tersebut yang akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan input mengenai isu-isu dan cadangan khusus berkaitan daripada pelbagai pihak dalam merangka Bajet 2018.

3. Sehubungan ini, kerjasama Puan adalah dipohon untuk mengemukakan Memorandum mengenai isu beserta cadangan, langkah atau strategi spesifik selaras dengan tema Konsultasi Bajet 2018 untuk pertimbangan Kerajaan dalam Bajet 2018. Untuk makluman, Kementerian Kewangan juga akan mengemukakan jemputan penyertaan ke Majlis ini setelah menerima Memorandum daripada pihak Puan.

4. Memorandum yang berkenaan perlulah dikemukakan dalam bentuk soft copy bersama ringkasan isu (mengikut format seperti di Lampiran A) pada atau sebelum 24 Mei 2017 (Rabu) melalui emel di alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Memorandum boleh dikemukakan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

5. Perhatian segera dan sumbangan input pihak Puan dalam mengemukakan memorandum serta menjayakan Majlis Konsultasi Bajet 2018 amatlah dihargai.

6. Bersama-sama ini disertakan salinan surat yang berkenaan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya. Pihak Puan boleh menghubungi urusetia seperti berikut bagi sebarang pertanyaan:

Encik Muhammad Akram Ab. Aziz
03-8882 8889

Encik Ibrahim Yaacob
03-8882 4431

Cik Norqistina Mohd Yusof
03-8882 4172

Nombor Faks
03-8882 3188

E-mel
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Download the form