Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2018

Dear Members,

Please refer to the attached invitation from KPWKM in conjuction with International Women's Day 2018 on 8th March 2018.

NAWEM has been extended five (5) complimentary seats for this event and members who are interested to attend to please register with NAWEM with the following details:

Full name
Designation
Mobile
Email.

This is on a FIRST COME FIRST SERVE BASIS and interested members are to register with NAWEM ASAP and the closing date to register is by 2nd March 2018. We apologise for the late notice as NAWEM has just received the invitation.

Thank you and regards
====


Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA 2018

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) akan menganjurkan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2018 pada 8 Mac 2018 (Khamis)yang akan dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertempat di Limkokwing University Of Creative Technology, Cyberjaya.

Untuk makluman pihak Puan, objektif sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2018 adalah memberi pengiktirafan terhadap peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan sosioekonomi, kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara. Tema sambutan pada tahun ini adalah “Press For Progress”. Program yang akan dilaksanakan juga adalah seiring dengan Tahun Memperkasa Wanita 2018.

Sehubungan itu, NIEW dengan berbesar hati memohon kerjasama Puan untuk menjemput lima (5) orang seperti dibincangkan pada 27 Februari 2018 di NIEW bagi menghadiri sambutan tersebut. Bersama-sama ini disertakan kad jemputan beserta atur cara untuk makluman dan rujukan pihak puan seperti di Lampiran.

Pengesahan kehadiran boleh dibuat secara atas talian sebelum atau pada 2 Mac 2018 (Jumaat) di link http://edaftar.jpw.gov.my/edaftar/pra/index.phpdengan menggunakan kata laluan : HWA2018 (Agensi : GLC/Wakil Syarikat Swasta)

Sekian , atas segala kerjasama puan dalam menjayakan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2018 tersebut adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Tahun Memperkasa Wanita 2018

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Mazni bin Yahya
Ketua Pusat Pendidikan dan ICT
NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW)