Protecting Your Trademarks & Inventions Overseas

Dear Members,

Please refer to the invitation to NAWEM for the Seminar on Protecting Your Trademarks & Inventions Overseas on 15th October 2018. Attached also are the Official Invitation letter and Agenda WIP MyIPO SME Corp Chambers Seminar.

Members who would like to attend to register with NAWEM with the following details:

1. Full Name
2. Email
3. Contact No.

Please note that this on FIRST COME FIRST SERVED basis and to reply by 12 noon on 10th October.

----

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Tan Sri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau MyIPO, agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan World Intellectual Property Organization (WIPO) akan menganjurkan Seminar Protecting your Trademarks and Inventions Overseas: WIPO Services and Initiatives for Malaysian Businesses seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 15 Oktober 2018 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan IPA, Aras 12 A, Tower B, Menara UOA Bangsar
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Bangsar, Kuala Lumpur

3. Tujuan Seminar diadakan adalah salah satu platform bagi menerangkan kepada pemain industri di Malaysia mengenai perlindungan dan penguatkuasaan harta intelek di luar negara. Ini amat penting bagi menjamin kelangsungan perkembangan jenama produk dan rekacipta daripada Malaysia di luar negara. Ia juga sebagai platform bagi bertukar pandangan dan bertanya mengenai isu semasa perlindungan dan perlanggaran harta intelek dalam dan luar negara.

Sehubungan dengan itu, sukacita dijemput YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan untuk menghadiriSeminar Protecting your Trademarks and Inventions Overseas: WIPO Services and Initiatives for Malaysian Businesses tersebut
Bersama-sama ini disertakan surat jemputan dan Jadual Program untuk perhatian YBhg. Tun / Tan Sri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan jua. Untuk makluman pengesahan kehadiran boleh dibuat melalui borang penyertaan dan juga melalui pautan link (https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdI8IYackCdcVtG6bfv8pEEDqX3sKnI_YINtX8293wVgG1Xdw/viewform?usp=sf_link).

Dipohon juga kerjasamaYBhg. Tun / Tan Sri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan untukmengesahkan kehadiran sebelum atau pada 10 Oktober 2018 (Rabu) jam 5.00 petang bagi tindakan pihak urusetia selanjutnya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program ini bolehlah menghubungi urussetia di talian03-2299 8641/8982/8943 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it./ This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it./ This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan Amanah,
(SYAHZAL EZHAN BIN MANJA )
Bahagian Pengurusan Harta Intelek
b.p. Ketua Pengarah
Perbadanan Harta Intelek Malaysia

Download Surat Jemputan 
Download Agenda