BootCamp eUsahawan Edisi Women Entrepreneur

Dear Members,

Please refer to the email invitation below from Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga and Masyarakat for a program on 1st October 2017. Please also refer to the attachment for more details.

We regret the very short notice as NAWEM has just received this invitation today. Members who are interested to participate to please contact NAWEM ASAP today for registration purposes.

---

Tuan/ Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM BOOTCAMP eUSAHAWAN EDISI WOMEN ENTREPRENEUR ANJURAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM) DAN MALAYSIA DIGITAL ECONOMY CORPORATION (MDEC)

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) akan menganjurkan Program Bootcamp eUsahawan Edisi Women Entrepreneur. Untuk makluman, eUsahawan adalah sebuah inisiatif MDEC untuk menambahkan lagi penyertaan usahawan tempatan dalam menggunakan platfom digital sebagai salah satu kaedah untuk menjana pendapatan dan membantu mereka mencapai pasaran yang lebih luas dan pada masa yang sama dapat meningkatkan taraf ekonomi dan kehidupan mereka.

3. Sehubungan dengan itu, KPWKM dengan kerjasama MDEC akan mengadakan Bootcamp eUsahawan Edisi Women Entrepreneur di mana usahawan yang hadir akan didedahkan tentang kebaikan dan manfaat yang akan mereka perolehi melalui Program eUsahawan & eRezeki yang akan diadakan selepas program ini.

4. Program tersebut juga akan melibatkan sesi perkongsian oleh artis yang berjaya dalam bidang perniagaan iaitu Fizo Omar. Bagi menjayakan program ini, dimohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menghantar 15 orang ahli persatuan NGO masing-masing untuk menghadiri program ini seperti ketetapan berikut

Tarikh : 1 Oktober 2017 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi hingga 4.00 Petang
Tempat : Dewan Perdana Nur, KPWKM, Putrajaya

5. Pihak tuan/ puan adalah dimohon untuk mengemukakan borang pengesahan kehadiran seperti di Lampiran A sebelum atau pada 27 September 2017 (Rabu) kepada Cik Khamisah Musa (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) /Pn. Masliza Abdul Muluk (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / Pn. Nuraini Awang Tih (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) Cik Anita Wahi (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) bagi tujuan penyelarasan. Tentatif Program seperti di Lampiran B disertakan untuk rujukan pihak tuan/ puan jua.

6. Kerjasama dan kehadiran pihak tuan/ puan bagi menjayakan Program tersebut adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah.

NOOR SYAKIROH AHMAD
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Kapasiti
Jabatan Pembangunan Wanita
Tel :03 – 8323 1598
Faks :03 – 8323 2035
Email :This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

download copy of the letter